Anda sedang melayari kategori ‘BERITA’

Abdullah Zaik: ISMA tidak ditaja oleh UMNO

Putrajaya, 9 Mac – Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjelaskan hari ini bahawa ideologi yang ingin dibawa oleh ISMA adalah ideologi Islam yang tulen dan menolak sebarang ideologi yang bertentangan dengan Islam. Beliau juga menjelaskan beberapa perkara yang menjadi spekulasi baru-baru ini serta kesal dengan tuduhan sesetengah ‘penganalisa politik’ yang dilihat tidak...

ARUS BARU mewakili suara umat Islam

Putrajaya, 9 Mac – “Arus Baru mewakili suara-suara umat Islam yang inginkan perpaduan serta melihat Islam kembali tertegak di Malaysia”, tegas Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Beliau berkata demikian dihadapan lebih 500 hadirin ketika merasmikan Majlis Pelancaran Arus Baru di Murni International College, Putrajaya hari ini. Menurut beliau, umat Islam di Malaysia masih memiliki...

ARUS BARU cipta sejarah

Putrajaya, 9 Mac – “‘Arus Baru’ merupakan satu sejarah baru bagi umat Islam di Malaysia. Satu sejarah yang tidak pernah terfikir dalam kotak fikiran mereka. Fikiran yang hanya berkisar kepada politik kepartian,” ucap Tn Hj Aminuddin Yahaya, Ketua Biro Politik ISMA dalam Majlis Pelancaran Arus Baru di Murni International College pada hari ini. Tegasnya, Arus Baru lebih mementingkan ciri-ciri calon yang...

Selagi ada iman, bersatulah UMNO dan PAS!

  IPOH –  Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat. Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama...

Ust Abdullah Zaik: ISMA kekal NGO, hanya ahli terlibat politik

Bangi, 17 Feb. – Ustaz Abdullah Zaik melalui ucapannya ketika Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihanraya ISMA menegaskan pendirian bahawa ISMA akan kekal sebagai sebuah NGO dakwah non partisan yang menumpukan kepada program tarbiyyah masyarakat, keluarga, belia, remaja serta anak-anak kecil. Perjuangan ISMA adalah sama seperti asalnya iaitu memartabatkan islam melalui pendidikan. Hanya sebilangan  dari ahlinya...

Sinar Harian -Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan bukan kerajaan, akan bertanding menggunakan lambang Berjasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyenaraikan 11 kerusi sebagai sasarannya buat masa sekarang. Sehubungan itu, kepimpinan Isma dan Berjasa akan mengeluarkan satu manifesto standard dalam waktu terdekat. Daripada 11 kerusi itu, sembilan melibatkan peringkat...

ISMA melalui BERJASA perjuang hak majoriti

Bangi, 17 Feb. – ‘Keputusan untuk melibatkan diri dalam PRU13 bermakna ISMA memilih untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi negara’ ucap Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihanraya ISMA yang berlangsung pada hari ini. ‘Kita tampil untuk mewakili golongan tertentu dalam masyarakat, memperjuangkan hasrat dan inspirasi mereka dan memperjuangkan kepentingan...

Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihan Raya

Bangi, 17 Feb. – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melancarkan Jentera Khas Pilihanraya 2013. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Aminuddin Yahya, Ketua Biro Politik ISMA. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa penglibatan ISMA dalam politik bukanlah satu keputusan yang mudah dan singkat. Ini adalah hasil penelitian dan kajian yang begitu lama mengenai keadaan umat Islam hari ini yang ditekan...

Sinar Harian -PRU13: Isma alternatif kepada Pas dan Umno?

FOKUS BERITA – Sehigga akhir tahun lalu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) lebih dikenali sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat aktif dalam kerja-kerja berkaitan dengan aktiviti agama dan membawa perjuangan berkaitan Islam. Maklumat yang disertakan dalam segmen profil menunjukkan Isma merupakan satu badan bukan kerajaan yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk...