Anda sedang melayari kategori ‘BERITA’

Undilah BERJASA untuk kesejahteraan akidah anak cucu kita

RANTAU PANJANG – “Sekolah agama di Malaysia perlu dinaik taraf dan peruntukan perlu dinaikkan untuk memastikan pendidikan agama anak-anak kita terjamin”, ujar Tn Hj Aminuddin di dalam ceramah umum BERJASA di Jalan Haji Musran, Rantau Panjang, Klang. Tuan Haji Aminuddin Yahaya  menyatakan kebimbangannya terhadap nilai akhlak dan agama yang kian merundum dalam kalangan remaja dan belia kampung...

Pengundi Alor Setar, Derga sambut baik kehadiran calon BERJASA untuk PRU-13

ALOR SETAR – Penduduk Alor Setar khususnya para pengundi untuk P009 Parlimen Alor Setar dan N11 DUN Derga menyambut baik hasrat calon BERJASA, Ustaz Abdul Fisol bin Mohd Isa untuk bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan. Respon positif ini diterima oleh aktivis-aktivis kempen dan perayu undi BERJASA selepas beramah mesra dengan para pengundi. Apa yang menariknya ialah, walaupun ada di kalangan pengundi...

Seruan BERJASA disambut baik pengundi Cina

SRI DAMANSARA -“Sepertimana yang telah saya dengar dari ucapan tadi, BERJASA fokus kepada orang Islam, tetapi pada masa yang sama adil kepada semua orang”, ujar Encik Foo seorang pengundi Cina yang hadir ke ceramah umum BERJASA malam tadi. Encik Foo, pengundi berbangsa Cina yang hadir untuk mendengar ceramah umum BERJASA Foo turut menyatakan keselesaan terhadap agenda BERJASA yang banyak memperjuangkan tentang...

Ukhuwah merentasi parti politik -Inilah gaya politik baru!

KOTA DAMANSARA -Pertemuan yang tidak diduga antara calon BERJASA Parlimen Subang, Ustaz Mohamad bin Ismail dengan calon PAS Dun Kota Damansara, Ustaz Ridzuan Ismail di salah sebuah restoran di Kota Damansara merupakan satu detik yang amat bermakna. Pertemuan tidak dirancang antara dua calon yang sedang berkempen itu menyaksikan ukhuwwah persaudaraan yang berlandaskan akidah mengatasi kepentingan politik bilamana...

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah – Teruskan Perjuangan!

  Pada hari dan masa yang sama seperti calon-calon BERJASA yang lain, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah telah mendirikan khemah di Luar Tapian Gelanggang, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban. Ini bertujuan untuk menjelaskan kepada masyarakat dan pengundi-pengundi matlamat utama BERJASA. Hujan pada malam itu merupakan rahmat Ilahi untuk memberkati majlis yang dilaksanakan. Keadaan hujan di sini tidak...

Janji Selesaikan Gejala Sosial di Kajang

Calon Berjasa di kerusi N25 Dun Kajang, Ustaz Mohamad bin Ismail berjanji untuk menyelesaikan masalah sosial di Kajang ketika menyampaikan ceramah umum di Taman Sekamat, Kajang, malam tadi. Menurut beliau, sewaktu melawat penduduk-penduduk di sini, antara isu-isu yang dibangkitkan ialah pertambahan rumah-rumah...

Ceramah Umum BERJASA mendapat sambutan menggalakkan oleh penduduk Kajang

Pada malam 23 April 2013, Ustaz Mohamad telah menjemput semua masyarakat dan pengundi di sekitar Kajang untuk mendengar Ceramah Umum BERJASA di Padang Taman Sekamat, Kajang. “Sebelum kita turun mengundi pada hari mengundi nanti, marilah kita sama-sama memohon petunjuk dan pertolongan Allah Taala supaya DUN Kajang ini nanti akan diwakili oleh pemimpin Muslim,” ujar Ustaz Mohamad. Seramai 150 orang...

Ustaz Mohamad Ismail menziarahi sekitar Kajang

Pada 22 April 2013, Ustaz Mohamad Ismail telah bersua muka dengan rakyat yang berada di  Rumah Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Sikamat Kajang dan di Rumah Warga Emas Pertubuhan Kebajikan al-Fikrah Sg Sekamat Kajang. Ustaz Mohamad menunjukkan rasa prihatin kepada warga emas yang mendapatkan perlindungan di rumah kebajikan yang terletak di Sg Sikamat...

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam terus meraih sokongan pengundi P072 TAPAH

Terus Berjuang! Begitulah semangat Ustaz Shaharuzzaman yang tidak kenal penat lelah saban hari terus memperkenalkan BERJASA dan motto ISLAM BERDAULAT MALAYSIA SEJAHTERA kepada pengundi sekitar P072 TAPAH.Pagi ini beliau berkesempatan melawat sekitar Pasar Awam Tapah untuk bertemu dengan masyarakat di sini. Seperti biasa pelbagai rencam kehidupan dan latar belakang usia, bangsa dan agama dapat dilihat di sini....

Ustaz Hamidi Abu Hassan mengorbankan masa demi rakyat di P17 Padang Serai

Pada hari Isnin bersamaan 22 April 2013, calon BERJASA di P17 Padang Serai, Ustaz Hamidi Abu Hassan telah meluangkan masa beliau bersama penduduk – penduduk di pelbagai tempat. Beliau telah pergi ke Taman Selasih, Kg Pematang Durian dan Tanjung Belit.     Ustaz Hamidi telah berkenalan dengan Haji Romli di surau dan berbual dengan rancaknya. Harapan Haji Romli adalah supaya Islam sentiasa tertegak...