Anda sedang melayari kategori ‘ARTIKEL’

Diskriminasi apa yang dimaksudkan Obama?

Apabila Presiden Obama dilapor mengatakan Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, beberapa perkara timbul di dalam pemikiran – apakah diskriminasi di Malaysia yang beliau maksudkan? 1. Ketika berlaku peristiwa Rosa Parks 1955 di Amerika Syarikat, wanita tersebut dipaksa bangun untuk memberi tempat duduk kepada seorang bangsa kulit putih semata-mata kerana beliau...

Buku Islam dan Dasar Pemerintahan : Kefahaman menyeleweng Ali Abd Raziq

Buku “Al Islam wa Usul Al Hukm” (Islam dan Dasar Pemerintahan) ditulis sejak Ali Abd Raziq setelah menamatkan pengajian lanjutannya di Oxford. Buku ini diterbitkan pada tahun 1925 iaitu setahun selepas kejatuhan khalifah pada tahun 1924. Bagi saya, tujuan penerbitan buku ini adalah supaya tidak ada usaha untuk membina kembali khalifah di kalangan umat Islam kerana pada waktu itu suasana dunia Islam hangat...

WANITA, FEMINISME & ISLAM

 Saat tengah malam 8 Mac melabuhkan tirai, lampu-lampu di dewan persidangan akan dipadamkan, suis mikrofon ditutup, karpet merah digulung semula, gambar profil facebook penyokong Hari Wanita Sedunia akan diubah kepada asal. Delegasi yang tadinya rancak berbicara tentang hak-hak wanita akan pulang meneruskan kehidupan mereka. Siri laporan baru akan ditaip, dicetak dan dihimpunkan dalam fail yang dipenuhi...

Bagaimana berinteraksi dengan kematian non-muslim : antara hukum zahir dan apa yang tersirat di sisi Allah SWT

Semakin ramai sahabat-sahabat yang berkongsi penulisan seorang sahabat berkenaan dengan bolehkah seorang Non-Muslim selamat dari neraka?. Lebih mengejutkan saya lagi, apabila salah seorang daripada rakan menghantar PM dan menyatakan bahawa dapat difahami daripada penulisan tersebut adalah tidak mengapa untuk mendoakan atau mengucapkan RIP, bahkan untuk mengucapkan al-fatihah kepada seorang Non Muslim yang telah...

Pemahaman Apologetik – Benih Pluralisme Agama

Sejak kebelakangan ini, kita sering terbaca artikel atau status facebook tentang satu persoalan yang penting, bolehkah bukan Muslim selamat dari neraka? Jawapan “apologetik” yang disampaikan di artikel-artikel dan status facebook berkenaan telah mengelirukan ramai orang sama ada di kalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Mungkin ada teman-teman kita yang bukan Islam mula berbicara, “berdasarkan penerangan...

Dakwah perlu berprinsip

Arnoud van Doorn sebelumnya adalah penentang Islam, menyertai parti yang keras menolak Islam sehinggakan antaranya menghasilkan filem Fitna yang menghina Islam pada tahun 2008. Pada tahun 2013, setelah mengkaji Islam beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Siapa sangka, bangkangan kemarahan dan tunjuk perasaan umat Islam kepada filem Fitna tersebut yang menjadi “trigger” kepada beliau untuk...

Muslim yang berminda “loser”

Muslim yang berminda kalah: As Syahid Syed Qutb di dalam tafsir fi zilalil Quran mukadimah surah Al-Anfal menempelak sekelompok muslim yang mempunyai, minda, serta jiwa yang kalah. Katanya; 1) Hakikat agama Islam ini adalah untuk membebaskan manusia daripada bertuhankan kepada sesama manusia dan hawa nafsu kepada bertuhankan kepada Allah. 2) Realiti manusia yang wujud semalam, hari ini dan esok adalah wujudnya...

Kematian Karpal : Peristiwa yang memberi pengajaran buat umat Islam

Kesan daripada kenyataan facebook saya semalam yang memberi komentar kepada status facebook salah seorang sahabat saya di Security Council, saya mendapat banyak private message di facebook yang bertanya (lebih kurang bunyinya): “Untuk pencerahan, menurut pandangan Dr, apakah yang boleh dan yang tidak boleh kita lakukan bila berhadapan dengan beliau (atau bukan Islam yang lain)?” Jawapan saya kepada yang...

Khilafah dan Demokrasi

Sebenarnya, masalah demokrasi bisa dibicarakan dengan lebih ilmiah. Istilah “demokrasi” tidak tepat didikotomikan dengan istilah “khilafah”. Tetapi, lebih tepat, jika “demokrasi” versus “teokrasi”. Sistem khilafah berbeza dengan keduanya. Sebahagian unsur dalam sistem khilafah ada unsur demokrasi (kekuasaan di tangan rakyat) dan sebagian lain ada unsur teokrasi (kedaulatan hukum di tangan Tuhan)....

Pejuang liberalisme tertipu dengan John Locke?

Pejuang liberal mengagungkan John Locke. Mereka menganggap dia sebagai bapa liberal. Penulis di Roket Kini memetik John Locke sebagai berkata: “Kebebasan itu adalah alat untuk mencapai keadilan yang manusiawi, keadilan tidak boleh dicapai tanpa kebebasan individu.” “Antara kejayaan terbesar liberalisme termasuklah penghapusan sistem perhambaan secara keinstitusian.” Rujuk artikel di sini: http://www.roketkini.com/2014/04/13/menjadi-liberal-yang-beriman/ Akan...