Antara benda pertama yang ada fikiran pelajar lepasan universiti ialah mahu mendapatkan kereta baru.

Ia boleh menjadi kesilapan besar kerana kebanyakkan pelajar universiti mempunyai hutang pengajian yang perlu dibayar. Selain itu wang simpanan juga masih belum kukuh.

Screenshot 2015-03-09 11.50.19

Oleh itu, menambah beban hutang sendiri adalah satu langkah silap bagi lepasan universiti.

Berdasarkan data dicatatkan Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun ini, 60% individu muflis adalah golongan belia. Antara penyebab utamanya adalah hutang pinjaman sewa beli kenderaan.

Justeru itu pertimbangkan betul betul sekiranya anda mahu membeli kereta idaman anda. Bersabarlah dahulu melainkan anda mempunyai wang simpanan mencukupi untuk membeli kereta secara tunai

 

sumber: Ezaz Wealth.my

Tags: ,

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda