pengurusan-gaji (1)

Kepada mereka baru tamat pengajian, penting bagi anda untuk buat bajet kewangan anda.

Berapa aliran duit masuk (pendapatan) sebulan?
Berapa belanja makan?
Berapa belanja barangan peribadi?(pakaian dan lain lain)
Berapa simpanan mahu dibuat?

Selalunya bajet dibuat dalam bentuk jangka pendek (bulanan) dan jangka panjang (tahunan).


Bagi mereka yang tidak pernah buat bajet perbelanjaan anda, lebih baik anda mulakan sekarang. Sampai bila mahu bertangguh?

Bagi mereka yang sudah ada bajet perbelanjaan ketika belajar dulu, tahniah diucapkan. Namun sekarang anda harus buat yang baru.

Kenapa?

Yalah, kalau dulu anda ada pinjaman atau biasiswa namun sekarang tiada lagi. Kalau dulu ditanggung perbelanjaan oleh ibu bapa, sekarang takkan masih mahu ditanggung mereka?

Tamat pengajian bermakna semua itu tamat juga. Bagi yang masih belum bekerja, bajet anda perlulah lebih ketat kerana anda tiada lagi sumber pendapatan melainkan duit simpanan masa belajar.

Bagi mereka yang sudah bekerja, anda harus buat bajet perbelanjaan agar tidak terlebih belanja. Anda mungkin ada pendapatan tetap yang banyak tetapi ingat komitmen anda juga makin meningkat.

Anda juga harus fikir tentang perancangan masa depan. Beli kereta, beli rumah, kahwin dan sebagainya.

Justeru itu jadilah graduan yang terancang dan berdisplin dalam perbelanjaan dengan membuat bajet kewangan.

 

Oleh:
alwi-adam

Alwi Adam merupakan seorang perunding kewangan,

jurulatih motivasi dan keusahawanan.

sumber: Ezaz.my

Tags: ,

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda