Capitalism

Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan menukilkan bahawa―

“Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global  memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global di mana negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh).  Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.  Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet.”.

Pernyataan di atas jelas merujuk kepada pemikiran ekonomi kapitalisme yang hanya menitikberatkan keuntungan material pihak pemodal tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat. Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan/perundangan dan juga agama bagi memenuhi kehendak dan memperoleh keuntungan. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dari semua aspek termasuklah kebebasan dalam beragama, kebebasan dalam tingkah laku, kebebasan dalam menyuarakan pendapat, dan kebebasan dalam pemilikan harta berpandukan sistem kapitalis. Selain itu ialah amalan manipulasi secara berleluasa melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks, penipuan, pemerdagangan orang atau memperguna wanita-wanita yang terdesak dalam kehidupan materialistik bagi mendapatkan keuntungan. Akibatnya, industri yang berasaskan seks bebas dan zina semakin berleluasa.  Pusat-pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan remaja wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur semakin bertambah.

Tags: ,

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda