botol-arak

Saya masih ingat lagi sewaktu dihantar posting ke kawasan pedalaman New Zealand. Ia kawasan majoriti etnik maori. Saya merupakan batch sulung ke sana, tinggal di sana selama sebulan bersama rakan-rakan kiwi(new zealander) dan maori. Kami 8 orang semuanya. Walaupun org cakap ada minoriti muslim di sana, malangnya saya tak bertemu seorang pun muslim sepanjang berada di sana. Sebulan juga tak makan daging sebab tak jumpa daging halal.

Beberapa kali saya diajak ke kelab malam. Saya kata saya tak minum arak. Mereka cakap tak ape, kamu pergi hanya sekadar suka-suka je, tak payah minum arak. Saya cakap saya tak boleh duduk dalam suasana kelab malam yang majoriti orang minum-minum. Berhari-hari dipujuk, berhari-hari juga mereka tak keluar ke kelab sebab mahu pujuk saya. Akhirnya mereka mengalah dan bawa saya makan restoran fish n chips sahaja.

Bila ada acara sosial yang dianjurkan pihak yang menjaga kami, mereka tak serve arak langsung sebab mereka mahu saya turut serta. Mereka serve jus epal. Itu pun saya macam takut-takut nak minum sebab warna macam arak huhu. Takut terminum arak tanpa saya sedar. Minggu terakhir di sana, kawan2 saya nak belikan hadiah untuk guru-guru kami spjg berada di sana. Mereka nak beli wain merah. Saya cakap saya takkan bayar untuk wain merah tersebut. Akhirnya mereka batalkan niat nak beli wain merah. Sebaliknya kami beli coklat.

Sepanjang saya berada di sana, kawan-kawan saya ketandusan arak (bukanlah mereka tak minum terus tapi aktiviti minum tersebut berkurangan). Walaupun mungkin saya telah membuat mereka rasa serabut atau leceh, saya tahu saya telah membantu mereka menghindari diri mereka daripada bahaya arak seperti masalah kesihatan. Saya juga secara tak langsung terselamat daripada bahaya arak. Contohnya katakanlah mereka minum arak kemudian mereka drive (memandangkn saya tak pandai drive lagi masa tu), mungkin kami semua akan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Saya percaya kalau kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Walaupun saya nampak sangat kolot pada pandangan mata mereka, saya amat menghargai kesanggupan mereka untuk hormat kepada pendirian saya. Walaupun saya sorang sahaja muslim, mereka masih menjaga keperluan saya.

Maka dalam hal Octoberfest saya merasakan kita patut bertegas menghalang penganjurannya dan pihak penganjur harus menghormati majoriti muslim di sini. Kalau kita redha dengan penganjurannya, balanya akan turut terkena kepada kita. Walaupun kita tak minum, mungkin kita/ahli keluarga akan terlibat dalam kemalangan jalanraya yang melibatkan peminum arak yang mabuk. Atau mungkin kita/ahli keluarga menjadi mangsa rogol peminum arak. Atau mangsa pergaduhan/ bunuh peminum arak. Nauzubillah untuk semua itu.

Arak telah diakui secara antarabangsa memudaratkan diri dan masyarakat. Kita halang pesta arak bukan untuk kepentingan muslim sahaja tapi masyarakat keseluruhannya.

Pokoknya:
1.bertegas
2.jangan malu
3.jangan lemah
4.saling hormat menghormati

Oleh:

Dr Dhuha Shahrain

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda