TAK NAK TUTUP? MARI KITA “MEN-KEBANGSAAN-KAN” SEKOLAH VERNAKULAR
1. Memandangkan perdebatan berkenaan penututupan sekolah vernakular sudah ke arah yang tidak sihat, mari kita anjak sedikit paradigma polemik tersebut: daripada kita menutup sekolah vernakular, kita patut berusaha MEN-KEBANGSAAN-KAN sekolah vernakular (nationalizing vernacular schools) berasaskan acuan dan asas-asas kenegaraan yang telah dipersetujui dan jadi dasar negara seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini adalah satu gerak kerja yang lebih praktikal dan bersifat “stop-gap” sebelum penutupan secara menyeluruh berlaku.

2. Bawa masuk nisbah guru Melayu/Cina/India yang munasabah ke dalam sekolah-sekolah vernakular di mana 50% masa pengajaran mereka hendaklah menggunakan Bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan.

3. Ajar sejarah Malaysia dengan memberi tumpuan yang lebih banyak kepada sudut idea, budaya dan agama dalam ruang lingkup Peradaban Melayu yang jauh lebih awal dan melatari sejarah penubuhan negara-bangsa moden Malaysia dan kurangkan lambakkan fakta sejarah politik yang sempit. Tampilkan contoh-contoh yang baik berkenaan keturunan Cina dan India Peranakan yang telah berjaya menyantuni bahasa dan budaya tempatan sehingga lahir satu generasi kaum yang baru dan mesra dengan nilai tempatan iaitu nilai Alam Melayu.

4. Bawa kembali cadangan Tun Dr. Mahathir berkenaan Sekolah Wawasan dan ianya perlu dilaksanakan secara berfasa khususnya di peringkat sekolah rendah di mana para guru dan pelajar di beri ruang untuk berinteraksi secara harmoni dalam masa-masa tertentu seperti contoh masa rehat, masa kegiatan kokurikulum dan perhimpunan rasmi/mingguan sekolah.

5. Kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan teknikal seperti pedagogi pengajaran dan pembelajaran sekolah vernakular yang sering dijadikan hujah oleh pendokong sekolah ini sebagai lebih hebat dan baik berbanding sekolah kebangsaan. Pertukaran dan perkongsian ilmu antara guru-guru sekolah vernakular dan kebangsaan berhubung hal-hal teknikal pengajaran wajar disuburkan agar jarak dan kualiti yang ditanggapi oleh pendokong sekolah vernakular terhadap sekolah kebangsaan dapat terus dikurangkan dan akhirnya menjurus kepada persaingan sihat yang mana sekolah kebangsaan akan menjadi pilihan terbaik untuk semua bangsa di Malaysia.

6. Kalau mana masih ada suara sumbang yang mempersoalkan cadangan ini dengan alasan yang tiada munasabah dan bertentangan dengan dasar dan semangat kenegaraan yang telah lama dipersetujui, maka itu tandanya mereka adalah perkauman dan bersifat “communal”, bukan kita yang inginkan Perpaduan kebangsaan yang tulen.

7. Sesiapa yang menyokong inisiatif ini atau yang sama maksud dengannya hendaklah diangkat sebagai Agen/Ikon Perpaduan Kebangsan dan mereka yang menentang visi ini secara terang-terangan hendaklah dilabel sebagai golongan Anti-Perpaduan dan Cauviinis.

SO YOU DON’T WANT TO CLOSE IT? THEN LET’S NATIONALIZE VERNACULAR SCHOOLS

1. Since the debate on closing down vernacular schools have stoke more fire, let us change the paradigm a bit: instead of closing down let us NATIONALIZE vernacular schools (“Men-kebangsaan-kan sekolah vernakular) based on the agreed principles of this nation such as Dasar Kebudayaan Kebangsaan. This is a more practical, “stop-gap” measure and short-term solution before total phase out of vernacular schools could be done.

2. Bring more a healthy ratio of Malay/Chinese/Indian teachers who must teach 50% of their teaching time in Bahasa Melayu as the National Language into existing Vernacular Schools.

3. Teach proper Malaysian history with greater emphasize on culture and religious virtues, instead of parochial political histories of our nation. Infuse into the syllabus examples par excellence with regard to the success stories of Chinese and Indian Peranakan during the golden era of Malay Sultanates where they able to assimilate in harmonious way with local Malay values, language and culture without ever sacrificing their own cultural, religious roots and traditions.

4. Bring back Wawasan School and implement it in phases where at primary level they will mix together during recess period, cocurriculum period and assembly.

5. Government should not interfere into the mechanics of teaching technical subjects which proponents of vernacular schools claiming to be superior than National Schools. Knowledge sharing and exchange of expertise should be encouraged among teachers of vernacular and national school so that the gap between them could be narrow further with the view the future of national school should able to achieve the level of expectation demanded by parents of all races.

6. If these people still insist and give stupid reasons then we know that the real racist and communal thinking is theirs, not us who want to have a united Malaysia.

7. Those who fight for our vision should be highlighted as Pro-Perpaduan Malaysian’ while those who are antagonistic to our vision must be branded as Anti-Perpaduan, Chauvinistic – period.

-Wan Ahmad Fayhsal-
Fellow at Putra Business School and Research Fellow at Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM)

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda