images (3)

Sedih, sebak, marah, geram….

Macam-macam perasaan timbul apabila menonton filem terbaru dari Universal Studios yang bertajuk “Dracula Untold-Reign of Blood”

Ini antara sinopsis cerita berkenaan..
Filem ini menampilkan barisan pelakon yang boleh tahan famous. Antaranya ialah Luke Evans, Dominic Cooper, Sarah Gadon, Charles Dance dan ramai lagi.

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).

Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.

Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.

Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Tetapi yang amat sedihnya disini kerana kenapa Lembaga Penapisan Filem membenarkan filem ini ditayangkan di Malaysia sedangkan sudah jelas filem berkenaan menghina kedaulatan Sultan Al-Fateh dan menyertakan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW pada surat perjanjian yang di tandatangani dengan darah..!!!

Kesal dengan kealpaan dan kelalaian pihak berwajib…mereka seharusnya lebih peka dengan isu ini…dan paling menyanyat hati apabila filem ini boleh ditonton oleh kesemua lapisan masyarakat…!!!! SubhanaAllah….harap sangat kerajaan bertindak segera dan memperketatkan undang-undang dalam penapisan filem yang ingin ditayangkan di Malaysia…

Contoh tiket yang membenarkan kanak-kanak masuk

Persoalannya adakah filem ini ditayangkan tanpa mendapat kelulusan atau pihak atasan hanya meluluskan tanpa melihat dengan teliti dari aspek keagamaan??

p/s: Baca juga catatan sejarah sebenar.

1) How the Muslims Killed Dracula
2) Muhammad Al Fateh pemburu Dracula

Dalila Diyana
Pengamal Media

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda