Screenshot 2014-10-01 08.55.58

Negara barat maju dari segi tamadun fizikal tetapi mundur dari segi tamadun rohani dan jiwa manusia. Material yang mereka bangunkan kering gersang dan kosong tanpa roh. Sistem politik sekular-liberalisme mengakar dari falsafah christendom yang mengatur kehidupan bermasyarakat tamadun Barat adalah satu sistem yang gagal dalam menyemai roh kehidupan ke dalam jiwa-jiwa manusia. Manusia dituhankan dan tuhan dimanusiakan. Manusia hidup dalam keadaan tertekan atas sistem hidup yang mengatur mereka. Mereka inginkan kebebasan!

Sebagai contoh, semasa di Adelaide saya diceritakan oleh pelajar di sana ‘Friday night’ adalah sesuatu yang sangat-sangat ditunggu setiap minggu. Mereka mahu melepaskan segala keserabutan kehidupan dengan menjamah arak sehingga tertanggal asas kemanusiaan dalam ciri-ciri sebuah tamadun. Lalu,adakah nilai yang sama kita mahu terapkan di negara tercinta ini? Jangan pandang sebelah mata, akan sisi buruk sistem ini yang membentuk kehidupan bermasyarakat tamadun barat seluruhnya. Mereka membina ideologi dan falsafah kehidupan berteraskan humanisme.

Lalu atas sebab apa kita boleh bermudah menjustifikasi negara barat ini lebih Islam dari negara Islam itu sendiri? Nilai rabbani yang menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara tauhid seharusnya menjadi kayu ukur utama dalam memberi penilaian kepada sebuah negara Islam.

Mengunyah prinsip-prinsip politik barat lalu mahu menterjemahkannya dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia adalah satu kaedah yang menjamah diri kembali kepada kebinasaan.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia!

p/s: Gambar dan link adalah “pub crawl” di adelaide

http://www.adelaidenow.com.au/news/south-australia/adelaide-university-engineering-society-pub-crawl-stops-city/story-e6frea83-1226603854847?nk=473568bf89e75736510f4e81faebd2bc

Oleh:

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS (Institut Kajian Dasar & Strategi Antarabangsa)

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda