811130036_13486888999045376118

Pada tahun 1995 sahaja, RAND Corporation, sebuah badan kajian (think tank) Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak $115 156 938. Brookings Institution, juga sebuah badan kajian yang berpusat di Washington, membelanjakan sebanyak $17 269 872. Kedua-dua badan think tank ini mengeluarkan kajian dan cadangan polisi kepada pelbagai pelaksana khususnya kerajaan Amerika Syarikat untuk kegunaan dalam pelbagai lapangan seperti keselamatan negara, polisi antarabangsa, polisi sosial & politik, dan sebagainya. Kedua-dua badan ini adalah badan kajian terbesar di Amerika Syarikat, selain daripada 304 badan kajian yang lain yang wujud (data pada tahun 1996).

Di antara impak terbesar yang dilakukan oleh RAND Corp ialah pengkelasan cara pengendalian masyarakat Islam oleh US. Kemunculan istilah dan golongan ‘Moderate Muslim’ juga adalah impak terbesar yang lahir daripada kajian dan cadangan RAND Corp kepada kerajaan US dan sekutunya.

Saiz perbelanjaan dan saiz impak yang dihasilkan oleh badan-badan kajian ini seharusnya menjadi diperhatikan oleh negara-negara Islam; adakah pimpinan negara Islam hari ini memberikan perhatian yang sama?

Perhatikan kata-kata Lyndon B. Johnson ini:
“After 50 years of telling the Government what to do, you (Brookings Institution) are more than a private institution. You are a national institution, so important that if you did not exist we would have to ask someone to create you.” (Sept 29, 1966)

Sumber: Think Tanks, Public Policy, and the Politics of Expertise. Andrew Rich, 2004

Oleh:

730327354_9239955825368539333

 


 

Syed Ahmad Israa’

Penganalisis Antarabangsa

Institut Kajian ArusBaru Malaysia

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda