TMI-Medan Hasutan PelampauPelampau-pelampau agama naik tocang apabila Malaysianinsider memberi ruang dan menjadi medan untuk puak-puak ini mengeluarkan kata-kata hasutan akhir-akhir ini.

Laporan menyimpang dan memburukkan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di UiTM minggu lepas beserta dengan ulasan-ulasan untuk beberapa hari selepas itu jelas menunjuk mereka mempunyai agenda untuk menganyangkan Islam dan dakwah Islamiyyah di Tanah Melayu ini serta sikap tidak hormat mereka kepada Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru, kes rompakan ke atas dua biarawati di Seremban pagi tadi, TMI jelas membawa provokasi sambil menyediakan medan untuk pelampau agama untuk ganyang umat Islam di Tanah Melayu ini. Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut.

Anehnya apabila ada komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat TMI akan lupuskan dari ruangan komen apabila tentera “hantu” pelampau-pelampau menyerang habis-habisan. Apa jenis kebebasan media?

Pelampau-pelampau yang membuat komen ini sebenarnya tidak tahu pun fakta sesuatu yang berlaku sebelum mereka melepaskan geram hasutan mereka. Contoh; ramai yang mengatakan kenapa biarawati yang “tidak mempunyai harta” hendak dirompak. Faktanya: kedua-dua mangsa tidak memakai “pakaian biarawati” mereka – siapa kenal mereka ini biarawati?

TMI-Nun -nonuniform

Apakah apabila seorang Haji (atau Hajjah) yang berumur dan mengenakan pakaian jubahnya dirompak tidak mengapa? Kenapa tiada laporan begini dari TMI? Apakah ianya tidak pernah berlaku? Baru-baru ini sahabat saya bekas ketua jabatan kerajaan yang berjalan-jalan selepas pulang solat Subuh pun kena rompak walaupun berjubah? Apakah itu “hate crime” yang dirancang oleh pengganas dan pelampau agama yang cuba menganyang Islam dan dakwahnya di Tanah Air tercinta ini?

TMI-crimehotspotAmat tidak masuk akal jika dibandingkan laporan menghasut tersebut dengan laporan mereka sendiri dan disahkan oleh paderi di tempat itu bahawa kawasan tersebut adalah kawasan jenayah tinggi. Kenapa masih hendak menghasut?

Pihak berwajib MESTI siasat agenda jahat ini dan dalang yang yang melakukan kerja-kerja yang mengganggu ketenteraman masyarakat Tanah Melayu ini. Jangan dibiar api-api hasutan ini menjadi terlalu besar untuk dikawal.

sumber: http://akarimomar.wordpress.com/

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda