10156030_781426505210195_6860431531218291857_n

Ini Bukan Dakwah, Ini Siyasah!

1. Penentangan secara kolektif oleh kaum Cina-melalui kedua dua parti besar yang mewakili kaum itu, MCA dan DAP- terhadap kesepakatan parti Melayu Islam untuk melaksanakan undang-undang jenayah islam sudah jelas menunjukkan mereka telah melebihi garis kadar berpolitik dalam negara Islam ini.

2. Kenyataan Ustaz Abdullah adalah semata-mata untuk mengingatkan kaum Cina bahawa hadiah kerakyatan yang diberikan kepada mereka terikat dengan kontrak sosial, untuk tunduk terhadap kedaulatan dan ketinggian kedudukan Islam sebagai agama negara, setia dan taat kepada Raja-Raja, serta mengiktiraf hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputra.

3. Saya minta maaf, saya memilih untuk tidak bicarakan pergelutan politik di Malaysia. Cuma memberikan gambaran sedikit sahaja, sesuai dengan kesempatan yang saya ada.

4. Islam bukan sahaja iman dalam diri individu. Islam adalah segenap kehidupan. Ia mengalir dalam tamadun kemanusiaan dan berenang mengikut undang-undang semulajadi, masuk ke dalam rencah pergelutan manusia dan bertarung secara adil dengan agama dan ideologi lain.

Islam adalah pertuturan dan akhlaq. Islam adalah kekeluargaan. Islam adalah struktur masyarakat. Islam adalah pendidikan dan sistem ekonomi. Islam adalah negara. Islam adalah ketenteraan dan juga dakwah.

5. Dan, seperti yang semua maklum, Islam juga adalah politik. Dan politik dalam tamadun kemanusiaan, mana pernah terpisah dengan subjek perkauman(melainkan zaman qabil dan habil, belum ada pecahan kaum lagi). Pengurusan berkenaan perhubungan antara kaum adalah satu subjek dalam sosiologi-politik. Sejak awal perjuangan menegakkan Islam, pecahan kaum menjadi salah satu aspek fitrah yang diambil kira dan dimainkan fungsinya.

6. Saya tak bercerita secara terperinci, tapi saya ingin beri gambaran bahawa kewujudan bangsa yang berbeza ada peranan dan fungsinya dalam ketamadunan islam(Bahkan sebenarnya tamadun manusia). Sebab itu ada surah yang bernama Quraish. Sebab itu Nabi saw bertutur dengan bahasa Arab, bukan bahasa Melayu atau bahasa Cina.

7. Nabi kita berbangsa Arab, bukan ‘ajami macam kita. Khalifah selepas baginda, bukan sahaja berbangsa arab, bahkan lebih ekslusif dari itu, mereka semuanya dari kabilah quraish. Perlantikan Saidina Abu Bakar r.a sebagai pengganti Nabi saw juga mengambil kira aspek keturunan beliau yang berbangsa Quraish. Keempat-empat Khalifah ar-Rasyidin adalah berbangsa arab dari kabilah Quraish. Bahkan bani Umayyah dan Abbasiah adalah dari kabilah Quraish. Hanya satu era sahaja islam dipimpin oleh bangsa bukan arab iaitu era Uthmaniah. Itupun mereka menggunakan dan meraikan kekuatan bangsa juga.

8. Perjuangan islam tiada kaitan dengan menaikkan mana-mana bangsa. Tetapi faktor bangsa itu ada kaitan dengan perjuangan islam. Perjuangan islam akan terkubur jika faktor kemanusiaan dan undang-undang alam diketepikan. Begitu juga dengan sebaliknya, iaitu layanan/pendekatan terhadap yang menentang Islam.

9. Berbalik kepada kenyataan Ustaz Abdullah, saya berpendapat dia hanya mengungkit kekuatan sejarah, untuk membongkar tipudaya rubah yang menyarung bulu khalifah. Ia adalah untuk mengingatkan kedudukan bangsa Cina-khususnya yang bukan muslim- dalam politik negara. Mereka tidak berhak untuk campurtangan dalam isu pelaksanaan undang-undang islam. Mereka telah pergi terlalu jauh dari batas yang mereka dibolehkan, sudah jumpa yang tinggi teranjau sangat.

11. ISMA mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Seperti lagak Bapa Kemerdekaan, -bahkan lebih lagi- ISMA akan menghancurkan cita-cita Malaysian Malaysia dan membenamnya ke kubur yang paling bawah sekali. Sepertimana yang kita imani, ISMA akan terus mempertahankan kedudukan kekuasaan politik untuk kekal berada di tangan orang Islam. Hanya dengan kekuasaan politik sahaja syariat Allah dapat ditegakkan dan umat islam dapat dibela.

12. Kepada saudara-saudara saya, suka saya beritahu bahawa ISMA bukan semata-mata NGO Dakwah, bahkan ISMA adalah gerakan islam. Islam bukan hanya menuntut kita untuk berdakwah manusia supaya mendirikan solat dan menutup aurat, bahkan Islam juga menuntut kita membongkar tipudaya musuh, memerangi penjajah, menghukum bunuh terhadap pengkhianat negara, mempertahankan kedaulatan tanah air, mengadakan hubungan diplomatik, dan sebagainya, itu semua adalah sebahagian dari tuntutan-tuntutan islam. Ini semua termasuk dalam ibadah yang disyariatkan oleh Allah swt.

Sekian kepada mereka yang ikhlas, jujur menegur dan tertanya-tanya tentang langkah ISMA, sekali lagi saya tegaskan berkenaan perkembangan ISMA ini, siri kenyataan yang dilakukan oleh kami ini bukan dakwah, ini adalah siyasah!

-Zaid Zainur Rashid-

Mesir

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda