INDONESIA-ISLAM-LAW-ACEH

Merujuk kepada pernyataan yang berbaur sentimen benci hudud oleh The Jakarta Globe

Perlaksanaan Hudud di Acheh

Baru-baru ini tersebar berita berkenaan seorang wanita yang  telah mengaku berzina dengan seorang lelaki yang telah berkahwin di Acheh tetap dikenakan hukuman hudud sekalipun dirogol oleh 8 orang yg tidak bertanggungjawab.

Saya telah berbincang dengan beberapa teman termasuk di Saudi dan ini pandangan yang dapat disimpulkan.

Pertama, kena selidiki berita sejauh mana kebenarannya. Saya telah bertanya dengan beberapa teman Indonesia namun dalam kes ini mereka tidak tahu berita yang tepat.

Kedua, jika benar berlaku ini bermakna ada dua jenayah di sini. Satu adalah zina dan pasangan tersebut telah mengaku (persoalan sepatutnya adakah pengakuan tersebut dibuat dalam keadaan sedar atau dipaksa oleh 8 orang tadi). Di sini kita boleh persoalkan lagi perlaksanaan hukuman hudud terhadap pasangan tersebut dan memerlukan lebih penyelidikan.

Manakala jenayah kedua adalah lebih berat iaitu jenayah yang dilakukan oleh 8 orang “vigilantes” iaitu menceroboh dan merogol. Dalam hal ini 4 saksi yang adil tidak perlu seperti yang sering dicanang-dicanang oleh mereka yang memusuhi Islam. Kes seumpama ini boleh dikategorikan sebagai hiraba. Mereka boleh dikategorikan sebagai muharib dan hakim boleh menjatuhkan hukuman yang sangat berat ke atas mereka sebagai pengajaran kepada yang lain. Antara hukuman yang boleh dikenakan ke atas 8 orang tersebut jika didapati bersalah dan layak dijatuhkan hukuman boleh rujuk Surah AlMaidah: 33-34.

Sama ada Aceh telah mewartakan hadd al-hiraba secara penuh atau tidak saya tidak ketahui.

Ketiga, mungkin apa yang dilaporkan oleh Jakarta Globe tidak tepat dan menyeluruh. Sebaiknya selidik dengan lebih mendalam.

Kesimpulan
1. Perlaksanaan hukum Islam harus dilaksanakan secara adil, menyeluruh dan bertepatan dengan dalil al-quran dan as-sunnah.
2. Selidiki kebenaran sesuatu berita dan tanya kepada yang lebih berpengetahuan. Kekurangan dalam melaksanakan hukum Islam adalah kerana kelemahan dalam perlaksanaan bukannya kerana ajaran Islam.
3. Hukuman Islam adalah adil. Begitu banyak contoh di dalam lipatan seerah dan perjalanan hidup para sahabat. Antara yang masyhur dalam sejarah undang-undang adalah ketika khalifah Islam keempat iaitu saidina Ali bin Abi Talib ra mendakwa seorang Yahudi mencuri baju besinya. Kedua-duanya dibawa ke mahkamah syariah. Bagaimanapun khalifah kalah dalam tuntutannya kerana gagal menyediakan saksi yang layak. Di luar mahkamah Yahudi itu bertemu Saidina Ali ra dan menyatakan kekagumannya mengenai keadilan hukum Islam yg tidak memenangkan seorang sahabat nabi dan khalifah mengatasi rakyat biasa. Lalu Yahudi berkenaan memeluk Islam kerana yakin Islam adalah agama yang adil.

Segala kebenaran milik Allah.

Penerangan di atas adalah percubaan ringkas untuk menerangkan salah faham tentang apa yang berlaku di Aceh. Andaikata ada kesalahan di dalam penerangan di atas maka itu adalah pandangan peribadi saya, tolaklah pandangan peribadi tersebut dan ambillah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan.

Wallahua’lam.

Abu Ameen

Arab Saudi

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda