announcement-squatter-palestine

Bekas pengarah Urusan syarikat penerbangan MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman individu yang pernah menjayakan kuota 71% juruterbang dan jurutera MAS di kalangan orang Melayu Muslim menyebut di dalam salah satu ciri ceramahnya bahawa pemilikan tanah di Malaysia ini (kawasan bandar), bumiputera hanya memiliki 11.7% sahaja, manakala bangsa cina sebanyak hampir 71.9%. Penguasaan bidang perniagaan orang Melayu 11.7% dan orang Cina sebanyak 69.4%.

Beliau berkata, agenda ekonomi Melayu adalah satu gagasan politik yang membawa roh perjuangan ummat ini. Ianya wajib dipertahankan tanpa pendekatan defensive (seperti yang berlaku sekarang).  Soalnya, adakah kita racis apabila mengingatkan umat Islam tentang ancaman yang mereka hadapi? Umat Islam berterusan mengalah apabila hak mereka dirampas.

Tetapi keadaan ekonomi mereka sedang berada di hujung tanduk. Wajarkah hak bumiputera dihapuskan dan peniaga Melayu terpaksa bersaing secara bebas dengan peniaga cina yang sudah sedia maklum menguasai ekonomi negara? Ini tidak adil! Dan ini bukanlah keadilan seperti yang dianjurkan di dalam Islam!  Wahai umat Islam sedarlah akan bahaya ini, jangan terlalu idealis dan beretorika dengan puisi indah para politikus. Renungi hakikat ummat yang sedang tenat saat ini. Jangan sampai tanah kita tergadai lagi seperti Singapura satu ketika dahulu dek kerana sifat kita yang mengalah dan berjiwa kalah.

 

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda