1aa47b7b7e7e9d96068bad4b5e266497_XL

Dalam berita themalaysianinsider bertarikh 21 April 2014, DAP tidak bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia tidak pernah dipersetujui ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kata Lim

“Pendirian PR tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. Di bawah PR, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar.

“Memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud, isu sokongan PR terhadap hudud tidak berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur

Sumber: The Malaysian Insider

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda