Bismillah,

931181_591698850848117_1564258453_n

Sepertimana yang dianjurkan dan digalakkan oleh Islam dalam Surah Al-Alaq, sesungguhnya menuntut ilmu itu amat penting dalam kehidupan manusia. Tidaklah Kalam Allah itu satu benda yang main-main. Setiap perkara pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri sama ada tersirat atau tersurat.

Pendidikan awal yang Islamik kepada anak-anak itulah yang membentuk masyarakat negara kita. Mereka adalah pemimpin generasi hadapan. Jika kita gagal mendidik diri kita dan mereka dengan baik, maka tiadalah negara maju dan aman seperti yang diidami oleh semua lapisan masyarakat.

Menyedari kepentingan ini, Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah telah bermesra dengan anak-anak di Tadika IMAN yang mempunyai aktiviti ‘outdoor’ pada hari itu. Ustaz Halim juga telah melakukan pendekatan kepada ibu bapa mereka yang datang menghantar anak-anak mereka ke tadika pada pagi itu.

 

931178_591756790842323_1141643297_n

 

Pada hari yang sama, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah telah menziarah Ustazah Rayah yang merupakan pengusaha kelas-kelas kaum ibu, kelas-kelas AlQuran kanak-kanak , rumah-rumah orang tua dan lain-lain di Panchor Jaya.

Kedatangan Ustaz Halim ke sana telah mewujudkan suasana syahdu di pusat itu. Di setiap pasangan tangan, terdapat Al-Quran yang telah dibuka ke muka surat 440. Dengan lafaz bismillah, Surah Yassin pun telah dibaca secara jemaah. Doa juga dipanjatkan ke atas Ilahi untuk memberikan kemenangan ke atas BERJASA / ISMA di P128 supaya kemaslahatan umat dapat dipelihara.

Insya Allah.

Ustaz Halim juga telah meneruskan hari itu dengan mengajak anak-anak didik Ustaz Hanif Al-Hafiz untuk mengalunkan lagi bacaan Yassin dan doa. Moga doa anak-anak yang suci dan bersih hatinya dimakbulkan Allah. Amin.

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda