Apabila kita berbincang mengenai 14 tuntutan Inter-faith commission (IFC) yang dihantar pada 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara, maka ia adalah mengenai isu bukan muslim yang berani mengusik agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan perlu diambil perhatian besar oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Tidak perlu rasanya untuk dihuraikan secara teliti setiap 14 tuntutan yang dihantar oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS). Sudah banyak huraian yang boleh dibaca sendiri di banyak laman web, blog ataupun seminar-seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak mengenai bahaya tuntutan ini.

Namun diringkaskan secara mudahnya, IFC adalah Suruhanjaya yang berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau satu badan berkanun seakan-akan satu badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama.

Kesimpulan pertama yang boleh dibuat pada tuntutan ini adalah ianya menuntut hak persamaan antara semua agama termasuk Islam yang sepatutnya tidak boleh diganggu gugat kedudukannya sebagai Agama Persekutuan di Malaysia.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan persamaan agama yang diminta?

Kita perlu jelas sejak awal bahawa persamaan agama yang diminta mereka menunjukkan mereka mahu merendahkan martabat agama Islam kita. Mereka mahu menjadikan agama kita sebaris kedudukannya dengan agama lain di Malaysia ini yang mudahnya dipanggil pluralism agama. Dalam satu laman web pluralism (http://www.pluralism.org/) ada tertulis bahawa Malaysian interfaith Network adalah sebahagian daripada projek mereka.

Tuntutan IFC

Namun, ada sesuatu yang pelik di sini adalah bagaimana mereka begitu berani menyuarakan 14 tuntutan yang dilihat begitu offensive bukan sahaja kepada seluruh umat Islam di Malaysia malah mencabar Perlembagaan Malaysia itu sendiri?

Seolah-olah seperti seekor kambing yang berani masuk ke kandang singa dan ‘mengembek’ bising tentang hal yang bukan hak mereka untuk mereka dapat di kandang singa tersebut.

Situasi di atas tidak mustahil berlaku sekiranya semua kambing bersepakat melawan singa-singa yang lemah dan tidak bersatu, atau pun dalam ertikata lain, singa-singa tersebut ‘sudah hilang taringnya’ akibat telah berpecah-belah.

Mereka amat lantang bersuara di setiap medium yang mereka ada kerana situasi umat islam yang lemah fahaman agamanya dan tidak bersepakat dalam isu yang sepatutnya mereka sepakat malah bergaduh dan mempolitikkan isu akidah sebegini. Salah menyalahkan antara satu sama lain sudah menjadi lumrah.

Mengundi calon muslim beribawa adalah satu langkah sepakat awal bagi kita singa-singa yang mempunyai hak atas kawasan kita sendiri. Mengundi calon muslim beribawa juga adalah satu langkah untuk mempertahankan aqidah umat islam di Malaysia.

Telitilah perkara ini dengan penuh kematangan tanpa emosi. Benar kita benci dengan keburukan yang ada tetapi biarlah yang nak menggantikan itu lebih baik dari yang sedia ada, bukan ia sama buruk atau lebih teruk dengan menambah buruk lagi. Apatah lagi jika ia melibatkan soal-soal agama Islam.

arus baru_Islamlah yang tertinggi
Undilah Calon Muslim Berwibawa!

TENTANG PENULIS

Entri Seterusnya >
Esok Untuk Siapa?

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda