Terdapat dalam kitab “Muawwiqat Tatbiq As-Syariah Al-Islamiyah” karangan Syeikh Manna’ Al-Qathan, apabila beliau menyebut satu fatwa oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz yang menjawab persoalan ‘Pencalonan untuk Dewan Rakyat dan hukum Islam dalam membuang undi dengan niat memilih pendakwah dan seseorang yang baik agamanya untuk memasuki Dewan Rakyat’ maka beliau menjawab, “Sesungguhnya Nabi (Muhammad) SAW bersabda : ‘Sesungguhnya setiap amalan dikira berdasarkan niat, dan setiap orang mendapat sesuai dengan niatnya’.

Maka tiada halangan untuk menyertai Parlimen jika tujuannya adalah untuk menyokong yang hak dan tidak bersetuju dengan yang batil kerana hal itu membantu memenangkan yang hak dan bersama dengan seruan kepada Allah. Seperti itu juga tiada halangan untuk mengundi untuk memilih pendakwah yang soleh dan menyokong kebenaran. Dan kita meminta supaya Allah SWT membantu muslimin dalam perkara yang membawa kebaikan kepada mereka.

Manakala memilih calon bukan Islam adalah tidak harus, kerana sesungguhnya ia bermaksud memberi thiqah dan wala’. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ; “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir, dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” (Al Maidah:57)

Maka kewajipan ke atas kamu adalah memilih dan mengundi calon muslim yang paling kompeten dan cekap, serta calon yang nampaknya lebih mampu untuk merealisasikan banyak maslahah untuk muslimin, dan menghalang mudarat dari muslimin semampunya. Dan seorang muslim,  walaupun terdapat padanya kelemahan-kelemahan maka dia lebih baik dari seorang yang bukan muslim walaupun kelihatan baik. Firman Allah SWT :  “Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu” (Al-Baqarah : 221)

arusbaru_ciriMB

Memilih orang yang bukan muslim dan mendahulukannya dari calon muslim adalah bermaksud memberi jalan kepada orang kafir ke atas orang Islam yang mana kita ditegah daripada melakukannya berdasarkan firman Allah :  “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman” (An-Nisa': 141)

Terjemahan petikan daripada sumber asal di www.islamweb.net

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda