Isu Natrah

 

Dahulu kita dikejutkan dengan tragedi Natrah pada tahun 1950 yang akhirnya seluruh Umat Melayu Islam di Tanah Melayu bangkit menyuarakan rasa kecewa kerana Natrah akan dimurtadkan.

Namun sebaliknya berlaku sekarang ini. Isu akidah hanya dianggap isu picisan. Sedangkan kristianisasi terus merebak tanpa kita ambil peduli. Adakah kita tidak sedar bahawa akidah Islam yang kita imani ini sedang dirobek-robek oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

Mereka tidak ambil peduli sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan bahawa agama lain selain Islam tidak boleh disebarkan?

“Maka, Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.”

Adakah perlembagaan ini tidak kebal? Atau kita yang semakin dayus untuk mempertahankan akidah yang agung ini?

Bangkitalah wahai Umat Islam di Malaysia!!! Kembalikan semula kedaulatan Islam!!!

Undilah calon Muslim berwibawa.

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda