Putrajaya, 9 Mac – Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjelaskan hari ini bahawa ideologi yang ingin dibawa oleh ISMA adalah ideologi Islam yang tulen dan menolak sebarang ideologi yang bertentangan dengan Islam.

arusbaru_ust lah

Beliau juga menjelaskan beberapa perkara yang menjadi spekulasi baru-baru ini serta kesal dengan tuduhan sesetengah ‘penganalisa politik’ yang dilihat tidak berasas sama sekali.

“Mereka mengatakan bahawa ISMA ditaja oleh UMNO. Tuduhan ini sama sekali tidak tepat dan dangkal. Segala perbelanjaan ISMA semasa PRU 13 ini majoritinya datang daripada duit kocek para ahlinya sendiri”, jelas beliau.

Ustaz Abdullah Zaik turut menegaskan bahawa ISMA merupakan sebuah badan dakwah dan politik adalah sebahagian daripada juzuk perjuangan ISMA. Keadaan ini adalah berbeza sama sekali dengan parti-parti politik sedia ada di negara kita.

“Justeru, tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli ISMA untuk menyumbangkan tenaga serta wang ringgit mereka kepada pembangunan agenda ummah yang lebih besar. Hal ini kerana, ahli-ahli ISMA beriman dengan perjuangan yang mereka yakini ini”, jelas beliau lagi.

Sebelum itu, Tn Hj Aminuddin selaku Ketua Biro Politik ISMA dalam ucapan pembukaannya telah menceritakan laporan  yang diterima daripada ahli ISMA Sarawak tentang usaha mereka di sana mengadakan pelbagai jualan seperti penjualan keropok dan dadih serta lelongan barangan peribadi seperti jam tangan, gelang emas dan sebagainya demi mendapatkan dana PRU.

“Kami sangat hargai pengorbanan mereka di sana yang telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20,000″, ujar beliau.

Majlis Pelancaran Arus Baru yang dihadiri lebih 500 peserta ini telah berlangsung di Murni International College, Putrajaya dan turut menyaksikan konvoi bas Arus Baru dan 100 buah kereta bertampal pelekat dan bendera Arus Baru di beberapa kawasan di sekitar Putrajaya.

arusbaru_konvoi

arusbaru_konvoi2

arusbaru_konvoi3

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda