Tanah ini adalah tanah dulunya Islam, kini dan selamanya. Islam diamalkan dari setiap aspek. Sehinggalah berlakunya perbalahan dikalangan pembesar yang mengakibatkan Islam terhakis sejuzuk demi sejuzuk. Perjanjian Pangkor melihatkan pemisahan kuasa raja dari pemerintahan. Apa yang tinggal bagi raja ialah Islam dan kebudayaan.

Alhamdullilah, Islam masih mempunyai kuasa (di bawah raja). Jika kita lihat Indonesia yang dihapuskan langsung sistem rajanya, sekaligus hilangnya kuasa Islam. Hari ini, kita lihat tiada autoriti yang mampu membanteras salah faham Islam di Indonesia. Semua bentuk jahiliyah masuk dan bercampur-baur dengan Islam. Syiah contohnya.

Sedarlah rakyat Malaysia! Kuasa Islam kian terhakis jika kita terus-menerus berbalah. Kuasa Islam di Parlimen juga kian terhakis jika anda terus menerus berada dalam poltik kepartian buta. Buka mata dan lihatlah politik dari sudut pandang Islam, demi kesejahteraan Islam.

Isu arak, Hudud, kalimah Allah, murtad, dan banyak lagi isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan menyalahi syariat dibangkitkan oleh individu-individu jahat yang wujud dalam parti-parti tertentu. Jika umat Islam masih lagi melihat politik merah hijau, agama Islam akan terus terperangkap.

856758_4640353852459_594585997_o

Undilah calon berdasarkan iman dan kewibawaannya dalam membawa agenda Islam. Pilihlah yang lebih banyak solat dan berjemaah di masjid serta mengambil berat perihal ummat. Kesimpulannya, undilah calon muslim yang berwibawa.

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda