Masyarakat Muslim hari ini terjerat dengan pilihan politik yang ada apabila diletakkan di hadapannya dua calon, seorang Muslim dan seorang bukan Muslim. Mentaliti masyarakat hari ini akan cenderung untuk memilih calon bukan Muslim atas asas keadilan yang akan dibawa oleh calon tersebut. Sementara asas penolakan calon Muslim pula adalah taasub, bersifat kepartian dan mempunyai kepentingan peribadi.

Persoalannya, adakah ini tindakan yang betul?

Dan yang lebih penting adakah ini tindakan yang dibenarkan syarak?

Jawapannya, tidak sama sekali.

Membuang undi untuk mereka bermakna kita meletakkan kepercayaan kepada mereka sebagai  pemimpin dan pelindung kita, memberi kesetiaan dan ketaatan kepada mereka serta memberi mereka autoriti untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan hidup kita termasuk agama kita.

Kita telah memberi mereka ruang untuk meletakkan agama kita di tepi sehingga dipandang tidak penting, dipijak-pijak dan akhirnya menjadi permainan kata-kata mereka secara zahir atau tersembunyi.  Mulanya,  agama kita akan diminta bertolak ansur dan bersifat terbuka, kemudian tidak diambil langsung ajaran agama kita dalam membuat keputusan dan akhirnya ajaran agama kita dijadikan permainan dalam ucapan, lagu-lagu dan filem mereka. Ini mencabar martabat kita sebagai seorang Muslim!

Walaupun mereka baik, bijak dan mahukan keadilan, kedamaian, ketenteraman tetapi mereka menyekutukan Allah. Ianya sebesar-besar kesalahan di sisi Allah. Sedangkan sejahat-jahat apapun seorang Muslim, mereka masih mengaku beriman dan percaya kepada Allah,  malah keampunan Allah tetap dijanjikan buat mereka. Sudah terang lagi bersuluh, sokongan kita terhadap golongan bukan Islam ini sangat tidak wajar.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai temanmu yang setia;  melindungi satu sama lain. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-Maidah; 51)

Kemudian Allah menyambung dalam surah yang sama,

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuatkan agamamu menjadi bahan ejekan dan permainan, iaitu orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir. Dan bertaqwalah kepada Allah jika kamu orang-orang yang beriman. (Al-Maidah; 57)

Jelas, undi kepada bukan Islam umpama menggadaikan sedikit demi sedikit maruah agama kita tanpa kita sedari. Jika calon Muslim itu memiliki sedikit kekurangan, ianya adalah lebih baik berbanding menyerahkan kepimpinan dan sokongan kepada bukan Islam.

 

 وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ

Sungguh, hamba sahaya lelaki yang beriman itu lebih baik daripada lelaki yang musyrik walaupun dia lebih menarik hatimu. (Al-Baqarah; 221)

 

Kalaulah hamba Muslim itu lebih baik daripada lelaki (bukan hamba) musyrik, sudah tentu calon Muslim berwibawa jutaan kali lebih baik daripada calon non-Muslim. Berilah alasan manusiawi sebanyak manapun, itu bukti projek normalisasi golongan kafir telah berjaya ke atas kita.

13947_534521446582050_1889876796_n

 

Undilah calon Muslim berwibawa!

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda