‘Rakan-Rakan Non-Muslim dari DAP dan PKR berjanji untuk menghormati Islam sebagai Agama Rasmi,Mempertahankan Raja Berpelembagaan,dan memelihara Hak-Hak Melayu Muslim.’

Ini kata-kata mereka didalam Pakatan Rakyat.
Mari kita lihat sejauhmana mereka mengotakan janji mereka ini.

Isu kalimah Allah.
Pada hujung Disember lepas, Lim Guan Eng telah membuka semula topik ini apabila beliau meminta agar masyarakat non-Muslim di Malaysia perlu dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai hadiah Hari Krismas.

Mesikipun Majlis Syura Pas menolak, DAP dan PKR tetap dengan pendirian mereka untuk membenarkan. Bahkan Karpal Singh dengan beraninya meminta Majlis Syura PAS untuk meneliti semula keputusan mereka itu.

Memetik kata2 Karpal Singh mengenai kenyataan Datuk Seri Hadi Awang tentang keputusan Majlis Syura PAS,
“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
“Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/karpal-isu-kalimah-allah-belum-selesai-1.127574)

Dalam masa yang sama, Majlis Gereja Malaysia (CCM) juga dengan biadabnya menolak titah yang dipertuan Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim di negeri Selangor.

Kesudahan isu ini masih menjadi tanda tanya.

Isu salun di Kelantan.
Isu ini timbul apabila presidan MCA Dato’ Chua Soi Lek mendedahkan saman yang dikenakan keatas pengusaha salun unisex di Kelantan kerana membenarkan pendandan rambut memotong rambut pelanggan berlainan jantina.

Meskipun isu ini ditimbulkan oleh MCA, perkara ini mendapat sokongon penuh oleh DAP apabila Karpal Singh mengatakan bahawa undang-undang larangan tersebut adalah tidak sah di sisi undang-undang dan boleh dicabar di makhkamah.

Beliau juga telah meminta pihak PAS Pusat supaya campur tangan dalam perkara ini dengan beralasan bahawa ini adalah satu usaha penerapan undang-undang Islam ke atas non-Muslim. Sedangkan undang-undang ini adalah dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (tiada kaitan dengan Jabatan Agama Islam Kelantan), dan telah diluluskan sejak tahun 1991 dengan persetujuan semua pihak (termasuk non-Muslim).

Akhirnya kerjaan negeri Kelantan terpaksa menangguhkan penguatkuasaan undang-undang tersebut dan menarik balik denda yang telah dikenakan keatas pengusaha salun tersebut.

Isu-isu negeri Kedah.
Pada bulan Januari yang lalu, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak telah mengeluarkan garis panduan sambutan tahun baru cina. Garis panduan tersebut, sepertimana larangan memaparkan gambar wanita tidak bertudung di papan tanda negeri itu dan usaha menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan sebelumnya, merupakan antara siri-siri usaha kerajaan negeri untuk memperkenalkan undang-undang yang berteraskan Islam kepada rakyat negeri itu.

Namun, seperti isu-isu yang sebelumnya usaha ini mendapat tentangan hebat oleh parti-parti non-Muslim, termasuk DAP. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, telah menyifatkan peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

Akhirnya, sebagaimana isu-isu yang dibawa sebelum ini, kerjaan negeri Kedah terpaksa bertolak ansur dalam perkara ini. Ternyata usaha mendaulatkan Islam di negeri ini tidak semudah yang disangka, meskipun kerajaan negeri dikuasai parti Islam.

Ini merupakan pendirian DAP terhadap beberapa isu mutakhir yang jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam dan kebiadaban mereka terhadap institusi-institusi negara yang berperanan mendokong kedaulatan Islam.

Pendirian DAP terhadap Negara Islam
Jika dilihat balik, pendirian-pendirian ini bukan pendirian yang baru, tetapi telah lama wujud dan menjadi sebahagian dari ideology mereka. Penentangan mereka yang konsisten terhadap isu penegakkan Negara Islam, yang telah dilaungkan sekian lama oleh puak Islamis dinegara ini, menjadi bukti perkara ini.

Sebagaimana kata-kata pemimpin mereka :
“Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.”
– Lim Guan Eng-
(Sumber : http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13293#.UBZC5kCRLxw.email)

“I will never compromise,”
“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country,”
“The decision not to have hudud is not only my strong decision but also the stand of the DAP as a whole.”
– Karpal Singh –

[Saya tidak akan berkompromi. Sejak dulu lagi saya sudah umumkan pendirian saya supaya hudud tidak dilaksanakan di negara ini. Keputusan untuk tidak membenarkan perlaksanaan hudud bukanlah pendirian peribadi saya semata, tetapi adalah pendirian DAP keseluruhannya. – Karpal Singh -]
(sumber: http://www.nst.com.my/top-news/karpal-slams-pas-youth-head-s-hudud-comment-1.110622)

Apakah nasib agama dan bangsa kita sekiranya golongan ini memerintah kelak?
Kekuasaan dan pemerintahan negara harus dikekalkan ditangan orang Islam demi menjaga agama dan negara ini.

Undilah calon muslim yang berwibawa.
Arus Baru.

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda