Pada Ogos 2012 Pengerusi DAP, Karpal Singh, telah mengelirukan masyarakat dengan tuduhan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, merujuk kepada kenyataan Tun Salleh Abbas dalam kes Che Omar B. Che Soh pada tahun 1988. Namun Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan negara ini adalah undang-undang sekular dan Tun Salleh tidak sama sekali memutuskan Malaysia adalah sebuah negara sekular. Tindakan Karpal adalah sebuah tindakan yang mengelirukan masyarakat dan begitu simplistik.

Islam is the religion of federation”, begitulah yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan. Oleh hal yang demikian, menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah satu kesilapan besar kerana ianya bertentangan dengan isi perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara ini telah mengangkat sumpah atas nama Allah untuk memelihara agama Islam. Adakah sebuah ikrar yang diangkat atas nama Allah untuk mendaulatkan Islam di negara ini wajar dipandang sebelah mata dan sewenang-wenangnya menafikan keislaman tanah ini? Persoalan untuk sama-sama kita renungi.

Malaysia bukan sebuah negara yang baru lahir pada 1957. Ini kerana ketika berjaya melepaskan diri daripada pemerintahan British pada 1963 (hari penubuhan Malaysia), rekod kegemilangan tamadun Melayu telah lama bermula ketika raja-raja Melayu menganut agama Islam. Selain itu, sistem kewangan, bahasa dan undang-undang telah disempurnakan ketika zaman ini.

Tamadun Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu telah menyediakan asas bagi Malaysia meneruskan kegemilangannya. Tamadun yang sama telah membuatkan penjajah terngiur dan datang ke Tanah Melayu  untuk menakluknya. Namun begitu, mereka masih gagal menaklukinya secara mutlak kerana mereka hanya menerima residen sebagai wakil  penjajah dan raja-raja Melayu masih berdaulat untuk menjaga agama dan adat istiadat Melayu. Dalam keterdesakan ini, generasi hari ini seharusnya berbangga dan bersyukur kerana  agama tetap berjaya dipertahankan dengan kebijakan pemimpin lalu. Maka, menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menyimpang daripada fakta sejarah dan satu penghinaan bagi sebuah ketamadunan.

Arus Baru_Article Muslim Moderat

Karpal dilihat begitu terdesak untuk meng’sekular’kan Malaysia. Jika Malaysia dilihat sebagai negara sekular bererti Islam tidak ada hak di dalam mahkamah dan parlimen. Jika hal ini berlaku, sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga agama turut terbatal dan seruan-seruan songsang atas nama hak asasi manusia seperti LGBT, kesama-rataan agama lebih mudah mendominasi. Hal ini turut bererti bahawa tuntutan atas nama agama seperti menghalang gejala murtad dan denda khalwat tidak ada tempat. Ia juga membawa maksud Islam sebagai cara hidup akan terus dilupakan oleh generasi hadapan. Mungkin juga suatu saat nanti mereka akan buta sejarah dan menjadikan idea sekularisme sebagai agenda nenek-moyang mereka.

Pertahan Kedaulatan copy

Identiti Malaysia sebagai negara Islam perlu dipertahankan!!!

Malaysia telah diislamkan selama ratusan tahun, adakah dengan sehari kita ingin mencariknya?

Identiti ini harus dipertahankan dan sebarang cubaan menafikannya harus ditentang!

Jangan kerana baculnya generasi hari ini mempertahankan apa di tangan, membuatkan Islam di Malaysia hilang tanpa kesan.

Wahai orang Islam Malaysia, harapkan siapa untuk menjaga agama?

Undilah calon Islam berwibawa!

Pertahankan hak milik kita!

TENTANG PENULIS

< Entri Terdahulu
Pihak Ketiga
Entri Seterusnya >
Sucikah politik di Malaysia?

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda