Pada tahun 2001 Interfaith Commision (IFC) ditubuhkan dan menunjukkan belangnya apabila cuba mencabar kedaulatan Islam di bumi Malaysia. IFC dalam 14 tuntutannya menyentuh beberapa perkara yang berkait dengan isu murtad dan penganutan agama Islam. Ini jelas kelihatan pada tuntutan ke-5 IFC:-

“Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.”

Jelas tanpa segan-silu mereka cuba mencabar kedaulatan Islam dan perlembagaan negara,kononnya atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

Provokasi copy

Penganjuran Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) menyaksikan sekali lagi umat Islam berasa sesak apabila sekumpulan ‘penganut’ LGBT bertindak berani menjadi hero membela golongan bernafsu luar tabi’i untuk terang-terangan menyatakan kebanggaan mereka atas kesongsangan itu. Ini bukan kerja individu tetapi sebuah gerakan yang secara berani mendesak rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam untuk menerima mereka.

Sekali lagi pada tahun 2011, umat Islam di Malaysia berdepan dengan provokasi apabila 35,000 bible Bahasa Melayu hendak dibawa masuk ke Malaysia. Pada siapa ingin ditujukan? Adakah majoriti penganut Kristian di Malaysia kini lebih selesa membaca bible dalam Bahasa Melayu? Atau sasaran dakwah mereka bangsa Melayu Islam?

Isu bible Bahasa Melayu kembali hangat pada 2013 apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa segan silu mendesak kerajaan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu.

Isu demi isu. Provokasi demi provokasi. Ya, kita bangga dengan lahirnya kelompok-kelompok umat Islam yang bangkit membuat demonstrasi bantahan dan ada juga yang menzahirkan protes melalui tulisan. Namun, sampai bila umat islam harus berada di posisi pertahanan ibarat merantau di tanah sendiri? Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedaulatan agama dipandang sepi. Episod provokasi ini akan terus berlaku sehingga umat Islam mengalami normalisasi. Membiarkan agama dicabar. Mungkin generasi kini masih mampu untuk bertahan. Namun bagaimana dengan generasi di masa hadapan?

Jangan diharapkan pagar, pagar makan padi. Umat Islam harus berdikari dan jujur dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam di tanah air sendiri. Umat Islam harus bersatu dalam melawan arus songsang ini. Mereka memperalatkan slogan hak asasi manusia dan berselindung atas nama kebebasan dan akan terus menerus menyerang. Jika umat Islam berputus asa pada diri dan bangsa sendiri, mahu diharapkan kepada siapa lagi untuk menjaga agama suci ini di tanah air sendiri? Jika umat Islam tidak tegas dalam menghadapi provokasi agama seperti ini, sudah pasti episod drama provokasi ini akan bersambung lagi. Tunjukkan ketegasan, tunjukkan kekuatan. Jangan lagi beralasankan ‘jaga hati’ dan tak mahu dicop ‘racist’!

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda