Bangi, 17 Feb. – Ustaz Abdullah Zaik melalui ucapannya ketika Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihanraya ISMA menegaskan pendirian bahawa ISMA akan kekal sebagai sebuah NGO dakwah non partisan yang menumpukan kepada program tarbiyyah masyarakat, keluarga, belia, remaja serta anak-anak kecil. Perjuangan ISMA adalah sama seperti asalnya iaitu memartabatkan islam melalui pendidikan. Hanya sebilangan  dari ahlinya yang terlibat dalam politik melalui Biro Politik ISMA.

Menurut beliau lagi, politik hanya merupakan satu juzuk daripada Islam dan perjuangan ISMA. Melalui inisiatif ini, ISMA mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan calon-calon daripada ISMA akan bertanding pada PRU-13 nanti atas tiket BERJASA.

ISMA bertanding atsa tiket BERJASA

“Keterlibatan ini menyeru kepada perpaduan umat Islam di Malaysia. Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebetulnya tanpa perlu bergaduh, menuduh dan bersaing dari sudut siapa yang lebih liberal daripada siapa, siapa yang lebih demokrasi dan sebagainya. Dalam tidak sedar, mereka bergaduh dengan satu ideologi yang dibawa dari luar.”

Menurut beliau lagi keterlibatan ini juga supaya suara ISMA lebih didengari dan dapat diketengahkan ke dalam masyarakat. Meskipun ISMA sudah biasa dengan dakwah dan tarbiyah, tetapi ISMA masih baru lagi dalam “sepak terajang” politik.

“Walaupun masih baru, tetapi penglibatan kita adalah untuk menang !” Jelas beliau lagi.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan sedikit pesanan kepada ahli ISMA umumnya dan umat Islam khususnya daripada petikan Surah Muhammad ayat 7:

” Intansurullah yansurkum, wayutsabit aqdamakum “
artinya : “Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

 

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda