Bangi, 17 Feb. – ‘Keputusan untuk melibatkan diri dalam PRU13 bermakna ISMA memilih untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi negara’ ucap Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihanraya ISMA yang berlangsung pada hari ini.

‘Kita tampil untuk mewakili golongan tertentu dalam masyarakat, memperjuangkan hasrat dan inspirasi mereka dan memperjuangkan kepentingan dan hajat mereka”.

“Yang ajaib dan aneh di sini adalah, ISMA tampil untuk perjuangkan hak golongan majoriti”.

Pelancaran jentera khas pilihanraya ISMA

Beliau berkata, penularan liberalisme di Malaysia pada hari ini telah memberi ruang untuk golongan minoriti menyuarakan hak mereka sehinggakan suara mereka menjadi dominan dan menenggelamkan suara majoriti

“Kita tampil untuk bercakap secara jelas dan terus terang bahawa kita akan perjuangkan islam dan kepentingan umat islam tanpa menafikan hak hidup aman dan bebas dan harmoni kepada semua kaum”.

Mengulas tentang pejuang Islam lainnya yang sudah berada di persada politik negara pada hari ini, Presiden ISMA berkata bahawa pihak yang sedia ada gagal mempertahankan hak Islam sepertimana yang sepatutnya.

“Kita melihat pihak lain memperjuangkan Islam secara berani bercampur takut. Kadangkala ke tahap dayus sehingga tidak berani menyuarakan kebenaran.”

Penglibatan ISMA di dalam politik juga dilihat sebagai menguntungkan pihak-pihak tertentu lantas mereka mengambil pendirian terhadap ISMA berdasarkan kepentingan pihak mereka sekalipun apa yang dibawa oleh ISMA adalah kebenaran, ujar beliau lagi.

“Kita suarakan suara hati yang terpendam di sanubari umat ini seluruhnya”.

TENTANG PENULIS

Komen Anda:

Tinggalkan komen anda